CERITA TENTANG SAYA




Assalamualaikum sahabat semua ..



Nama saya Aminah Binti Harun, senang dengan panggilan Min, Kak Min atau Cik Min jer. Anak kelahiran Kampung Pulau Besar, Kampung Gajah, Perak. Anak ke enam dari 8 orang adik beradik. Dibesarkan oleh kedua ibu bapa saya dalam keadaan serba kekurangan dan menempuh pelbagai liku hidup di zaman kanak-kanak dan di usia remaja. Mempunyai ibu yang sangat penyabar dan mempunyai semangat yang begitu kental yang seterusnya mengajar saya supaya sentiasa sabar walau dalam apa jua situasi kehidupan di dunia ini. 

Keluarga


Mempunyai 9 orang cahaya mata kurniaan Allah swt, 6 lelaki dan 3 perempuan. Di samping menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak, kerjaya sebagai seorang penjawat awam tetap diteruskan demi membantu suami dalam memberikan keperluan yang selayaknya buat anak-anak tersayang. Walau banyak cabaran untuk membesar dan mendidik anak-anak ini, saya merasakan ini adalah pengorbanan yang begitu kecil sekali berbanding pengorbanan yang di telah dicurahkan oleh kedua ibu bapa saya semasa membesarkan kami adik beradik dalam keadaan yang serba kekurangan dan kedhaifan.


Ini lah keluarga besar saya..bersama suami dan anak-anak tersayang yang berumur sekitar 3 tahun hingga 21 tahun pada tahun 2015. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah kesemuanya yang mampu mendoakan kami suami isteri apabila kami telah dijemput Allah swt nanti, Aamiinnn Ya Rabb..

Kerjaya



Menjalankan tugas-tugas di bahagian HR sebuah hospital kerajaan di Klang, juga menuntut kesabaran kerana bilangan staff yang begitu ramai. Memberikan pengalaman yang agak menarik kerana berhadapan dengan pelbagai kerenah yang menjadi rencah-rencah kehidupan saya sebagai penjawat awam.


Mula Menulis Blog 


Mula munulis blog sejak tahun 2013 kerana memperkenalkan makanan sunnah yang saya masih lagi menjadi pengedar makanan tersebut sekiranya ada permintaan dan saya sendiri dan keluarga juga masih mengamalkan makanan sunnah tersebut. Penulisan blog tidak begitu aktif memandangkan terlalu banyak komitmen yang perlu dibereskan sebagai seorang isteri, ibu dan kerjaya yang begitu sukar untuk membahagikan masa untuk saya terus bergeraka aktif menulis blog.


Semangat Baru


Suntikan semangat baru untuk kembali menulis blog bilamana saya mengetahui tentang kelebihan emas yang ditawarkan oleh Public Gold yang saya terbaca melalui blog Sifu Emas Tn. Mohd Zulkifli di http://www.mohdzulkifli.com/. Ini menjadikan saya semakin berminat terhadap emas dengan perkongsian ikhlas dari beliau. Gaya dan cara hidup yang ditonjolkan melalui penulisan blog beliau menjadikan saya begitu tertarik yang sedikit sebanyak mempunyai persamaan cara hidup yang saya amalkan selama ini. Semoga sifu emas ini dapat menambah lagi nilai hidup orang lain dengan perkongsian ilmu emas yang ditulis melalui blognya. Semoga berjaya dan terus berjaya Tn. Mohd Zulkifli..




Nasihat sifu emas saya, kongsikan ilmu yang betul kepada masyarakat agar mereka tidak tersilap pilih dan agar kita dapat menambah nilai hidup orang lain. Kepada sahabat-sahabat yang ingin mengenali lebih lanjut tentang kelebihan dan keuntungan menyimpan emas, disarankan agar dapat mencari ilmu tentang emas terlebih dahulu kerana tanpa ilmu kita mungkin akan mengalami kerugian. Sahabat-sahabat juga boleh bertanya tentang emas kepada saya atau mana-mana sifu emas yang betul-betul ikhlas dalam menyampaikan ilmunya..







Call, Whatsapp, SMS 

016-2131237


Kalau nak tanya saya..
Min, Kak Min atau 
Cik Min 

Authorised Dealer 
PG037258




Sekian, wassalam..